SAAT MENGENALI YM SHEIKH ISMAIL KASSIM

Bismillahirohmanirahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollahulaihiwassalam serta Ahlul Bayt Baginda yang mulia.

PERTEMUAN PERTAMA

Menyingkap detik pertemuan aku dengan insan ini merupakan satu memori indah dan nikmat besar Allah kurniakan. Tidak pernah aku berasa begitu teruja saat pertama kali menatap wajah beliau apatah lagi mendengar bait bicara beliau mengenai kalimah mulia, LailahaillaAllah.

Insan ini bukanlah Ustaz yang selalu kutemu wajahnya di kaca TV. Bahkan sebelum ini kalau aku berjumpa dengan Ustaz Ustazah TV, tidak pernah aku rasa teruja. Biasa..biasa sahaja.

Itulah berkat ilmu agung, kalimah Syahadah, ilmu Allah yang dibawanya. Dia adalah guruku, Sheikh Dr Ismail Haji Kassim. Insan penuh tawaduk dan berjiwa besar.

Aku diperkenalkankan mengenai kewujudan ilmu rukun Islam pertama ini oleh sahabat solehahku di Johor. Dia hanya mengajak aku dan beberapa rakan yang lain untuk mempelajari rukun Islam pertama yang logik akalku pada masa itu, menerima saranannya.

 "Ya benar. Aku belum pernah belajar dan kena belajar ni. Sebab sebelum ni asyik belajar solat sahaja(rukun Islam kedua)"

Tanpa berfikir panjang, terus aku mengajak suami untuk turut serta dan kami memeriksa program Sheikh yang paling hampir dan dekat dengan tempat kami tinggal ketika itu adalah di Brunei Darussalam.

KISAH DI BRUNEI

Sampai di Brunei, masyaAllah Allah hidangkan ilmu yang belum pernah aku belajar dan dengar sebelum ini. Sheikh menyampaikan hujah beliau dengan dalil Al-Quran bahkan bersama hadis Nabi Sollahulaihiwassalam. Mana mungkin aku menolaknya??

Allah hujani ilmu yang sangat indah sehingga aku ingin terus menerus mempelajarinya. Rasa jahil sekali beribadah sebelum ini. Aku tidak benar-benar menyaksi Ilahku yang ada di mana-mana.

Selepas sahaja program di Brunei, kami berdua meneruskan perjalanan mencari ilmu ini sehinggalah sekarang.

MENGAPA SETIA??

Ilmu rukun Islam pertama bukan semua orang boleh sampaikan. Hanya wali Allah dan Arifbillah sahaja yang mampu menyampaikannya.

Setiap kali Sheikh sampaikan sesuatu, tidak ada yang direka-reka. Kenapa Saya katakan begitu?? Kerana apa sahaja yang Sheikh sampaikan disandarkan kepada Hadis Nabi Sollahulaihiwassalam serta dalil Al-Quran.

Nikmat beribadah serta perjalanan hidup semakin lancar setelah mempelajari ilmu ini. Luar biasa rasanya...

Nak marah, tak jadi...

Nak kecewa, tak reti..

Nak bermaksiat, terhenti...

MasyaAllah.. Manalah tak setia.

Setia kerana ilmu yang dibawa Sheikh. Tak kisahlah siapa yang bercerita atau memfitnah Sheikh selama ini. Aku yang duduk dalam halaqah Sheikh. Aku sendiri dengar. Aku kaji. Aku tak terus melatah hanya dengan omongan kosong pakcik dan makcik Google atau FB. Sebab itu, omputeh kata "Don't judge a book by its cover".

Jadi bagi yang belum kenal dengan guru saya, jangan omong yang ada2 aja. Mari sama2 belajar ilmu rukun Islam pertama ni.

Sekian, terima kasih sudi baca.

Comments

Popular posts from this blog

SIAPA WAHABI???